Sunday 27 February 2011

Perempuan

lihatlah tulisan tangan,,
secantek orgnyer...^_^

by Naqibah Azman on Monday, February 28, 2011 at 1:37pm
kaum yang lemah di cacamerba,
mudahnya akal berbaur hiba,
hati terbang entah kemana,
diskusi jiwa,
dihentak,dipijak,disampah merata,
begitu murah bunga kini,
bisa dibeli,bisa di caci,
semata hidup di pinggir perigi,
demi kaya iman dituli,
Perempuan......

ganas rakus dilayan,
seperti harimau dalam tahanan,
di dera di maki tiada hati,
sungguh memilukan,
hey manusia!!!!
kat tak tahukah perempuan itu manusia juga?!!
atau kau yang memekakkan mata,
membutakan telinga,.
atau kau ini bukan manusia..

kau tengok perempuan itu,
terjatuh-jatuh ditepi telaga,
mengharapkan bahagia akan tiba,
mengigil,merintih,melutut mahu di harga,
lihat!
tersimpuh dia seperti siput,
tergolek-golek dia ditendang-tendang,
hingga pecah cengkerangnya,,
merengek-rengek tapi tiada yang pandang,
Perempuan Itu Dia....

tapi seorang tua menyapa..
wahai perempuan,kau mengapa?
mengapa jadi spt siput yang tak bermakna?
lembap.
huduh.
pendek sungguh akalmu ikut lelaki itu,
tidakkah kau dikhabar bahawa dia itu buaya?

perempuan itu mengangis,
jangan kau gundah wahai perempuan,
jangan kau dengar kata-kata bernanah,
semangat yang ada jangan kau patah,
Tuhanmu ada jalan,
untuk sebuah kehidupan..
Dia Seorang Perempuan.....

***

kat office menggangur2..tersengut2..
dari semalam baru dpt ilham..
bru kua dari ketuhar...
awas...panas...!!!


No comments:

Post a Comment